8 Mei 2013 - 19:30
Al-Azhar kutuk pembongkaran makam Hujur bin Adi

Universiti al-Azhar mengutuk tindakan pengganas Al-Nusra yang bertanggung jawab membongkar makam Hujur bin Adi di Syria.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Syaikh Manshur Mandur, dalam wawancaranya dengan TV Al Alam, Sabtu (4 Mei) berkata, “Pendirian al-Azhar jelas dan menghormati seluruh Muslim buat selama-lamanya. Sahabat Nabi (s.a.w) memiliki kedudukan khusus di dalam Al Quran.”Tambah beliau lagi, “Al Azhar mengutuk penghinaan dan aksi biadab terhadap jasad-jasad orang yang sudah meninggal khususnya sahabat besar Nabi (s.a.w). Ini disebabkan mereka memiliki darjat yang tinggi, dan Al Azhar juga menentang sikap-sikap seperti ini. Itu perbuatan haram. Lebih-lebih lagi jika dilakukan terhadap makam sahabat Nabi (s.a.w), Hujur bin Adi yang pernah bertemu dengan Nabi Muhammad (s.a.w) dan kedudukan tingginya jelas bagi siapapun.”Menurut Syaikh Mandur, Pusat Penyelidikan Islam yang berada di bawah kelolaan al-Azhar juga akan mengumumkan sikap rasmi Al Azhar menanggapi serangan dan penistaan itu dalam mesyuarat pertamanya.Khamis lalu, sejumlah pengganas menyerang makam Hujr bin Adi di Rif, Damsyik. Jasad sahabat Nabi (s.a.w) yang menurut keterangan beberapa laman web berita tidak reput itu dipindahkan ke tempat tak diketahui.Kumpulan pengganas turut berikrar akan memusnahkan lebih banyak tempat suci umat Islam setelah ini.